Selasa, Disember 08, 2009

Mesyuarat Pengurusan Kali Ke 1/2010

Akan di adakan pada :

             Tarikh    :  23 Disember 2009
             Masa       :  9.00 pagi
             Tempat  :  Bilik Mesyuarat

Semua Pihak Pentadbiran dan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran diwajibkan hadir.

Jumaat, Disember 04, 2009

Mesyuarat Guru Ke 1/2010

Semua guru diwajibkan hadir pada 28 Disember 2009 jam 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat untuk menghadiri mesyuarat Kali Ke 1/2010.

Selasa, Disember 01, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2009

GKMP TekVok ingin mengucapkan Selamat Menempuhi Peperiksaan SPM kepada semua pelajar di sekolah ini.

Diharapkan semua pelajar akan berjaya dengan cemerlangnya, tidak terkecuali dalam mata pelajaran teknik dan vokasional iaitu Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan dan Perdagangan.

SELAMAT BERJAYA.

Kursus GKMP Daerah Hulu Selangor

Semua Guru Kanan Mata Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah dipanggil untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor selama 3 hari 2 malam di Cameron Highlands, Pahang pada 11 Nov - 13 Nov 2009.

Banyak ilmu baru yang telah diperolehi bagi memantapkan bidang masing-masing dan boleh diaplikasikan di sekolah nanti.

Terima kasih kepada PPD Hulu Selangor. Lain kali buatlah kursus lagi...