Kursus yang telah dijalankan ini sangat menarik kerana guru-guru diberi banyak pendedahan amali di dalam bengkel kemahiran hidup.
GKMP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih utama untuk kursus ini yang terdiri daripada En. Azhar Miswan dan Pn. Zasmani Mohd Nor.
Kursus berakhir pada pukul 1.00 tengahari dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus.
Gambar Gambar Sekitar Kursus
Juru latih utama sedang menerangkan sesuatu kepada guru-guru baru KHB
Guru-guru diberi peluang untuk membuat demonstrasi sendiri untuk menguji kefahaman dan keberkesanan ilmu yang telah diperolehi.
Contoh model enjin yang digunakan dalam perkembangan staff.
Juru latih utama menunjukkan cara-cara untuk membuat lukisan teknik yang betul.